-->

~Sweet Rain~

After the rain there is a rainbow waiting. Problems plaguing sure there are solutions. So do not give up. Do not give in to the problem.

The start of reading


Sunday, 30 September 2012

Assalamualaikum.

  Assalamualaikum.Sebelum aku memulakan perbicaraan,marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana masih membenarkan kita menghirup udara di atas bumi Malaysia yang penuh permai ini.Marilah kita berterima kasih kepadaNya kerana Dia belum memberi arahan kepada malaikat Izrail untuk menjalankan tugasnya.Alasan yang sama ketika aku mempost,iaitu aku masih belum mendapat ilham untuk menyambung nopen aku.So,untuk memastikan blog aku sentiasa diupdate,aku ingin share,berkongsi dengan kalian tentang SAYANG,KASIH dan CINTA.

  Sememangnya zaman remaja tak sah kalau tidak dihiasi dengan perasaan suka kepada makhluk Allah yang berlawanan jantina dengan kita.Memang tak salah kalau sekadar suka.Tapi jangan mencurahkan cinta terhadap mereka.Bagi aku,kalau nak bercinta,bercouple bagai tunggu masa universiti nanti.Sebab masa tu dah confirm orang tu nak berjaya dalam hidup dia.Kalau tak,takkan dia nak menyambung pelajaran dia kan?Cuba kita fkir sebentar,renung seketika.Mengapa kita couple zaman remaja?Adakah kerana kita rasa ish,dia ada bf/gf aku je yang membujang,tak coollah.Atau kita rasa takpalah couple dulu mana tau dia jodoh aku,jadi dah kenal hati budi masing-masing nikah nanti senang.Hahaha...Tak perlu fikir sampai ke tahap tu.Couple zaman remaja 90% daripadanya akan terkandas dalam pelajaran.Selain itu,couple juga menyumbang kepada kemaksiatan yang lain.Contohnya,daripada couple kita akan mula berpegangan tangan,kemudian tak mustahil boleh end up atas rajang katil.Lepas tu,mulalah rasa mual-mual bagai.Then,dengar berita anak luar nikah sana,sini.

  Kalau betul kalian rasa gian nak meluahkan perasaan itu,luahkan kepada Allah.Dia selalu bersama kita.Susah,senang.Kaya,miskin.Dia tak pernah gagal sebagai tempat sandaran untuk kita.Tak pernah gagal melindungi kita,mendengar setiap permohonan kita.Perasaan cinta tu lepaskan kepada manusia yang paing mulia,Nabi Muhammad S.A.W.Sentiasa berselawat ke atas baginda,kerana kepada baginda nantilah kita akan memohon syafaat.Di saat manusia lain tak boleh membantu kita,baginda akan tampil dengan keizinan daripada Allah S.W.T untuk memberi syafaat kepada kita,umatnya.Kenapa kita tak boleh mengingati baginda sedangkan baginda sentiasa mengingati kita.Sebelum mati,ketika dibangunkan di Padang Masyhar.Baginda sentiasa mengingati kita maka balaslah jasa baginda dengan berselawatlah ke atas baginda.

   Ibu bapa yang menjadi backbone kita selama ini,curahkanlah segala perasaan cinta kalian seolah-olah kalian tidak akan berjumpa dengan mereka keesokan harinya.Apalah sangat kasih sayang kita kalau nak dibandingkan kasih sayang mereka yang mereka taburkan ke atas kita seolah-olah kita ni permata yang sangat tidak ternilai harganya.Kasih sayang yang mereka taburkan seluas langit dan laut.Tidak terkira jumlahnya.Hargailah mereka sementara mereka masih ada.Mungkin di sini dahulu coretan aku.Renungilah wahai makhluk bernama manusia.

Salam sayang,  
bintangdunia                                                                                                            bintangdunia27@gmail.com
distory morry oleh bintang dunia at 01:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 29 September 2012

RainyMood.com: Rain makes everything better.

RainyMood.com: Rain makes everything better.
distory morry oleh bintang dunia at 03:08 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 28 September 2012

Salam Perkenalan

 Rasanya ini adalah pertama kali aku mem'post' something about myself.Sebenarnya aku buat blog bintangduni.blogspot.com hanya sebagai tugas.Namun betul kata orang 'Tak kenal,maka tak cinta'.Semakin hari,virus untuk menulis semakin tiada ubatnya.Untuk nopen-nopen picisan hanya sekadar menghiburkan aku dan memuaskan aku serta menghapuskan gian aku untuk menulis sebab aku tak pandai menyanyi dan melukis.

 Aku mula berminat dengan dunia penulisan semenjak aku berkenalan dangan blog semuanyapendek.blogsot.com.Dari situ,aku mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan.Selain itu,aku kagum dengan penulisan gaya santai yang ditonjolkan oleh Hlovate,gaya thriller oleh none other than Ramlee Awang Murshid,dan Rehan Makhtar penulis cerpen cinta yang paling aku minat.

 "Aku nak tulis cerpen yang ada diselitkan dengan ayat-ayat Al-quran,sunnah dan bergaya Islamik".Itulah azam aku.Aku mula berminat dengan Islam semenjak aku membaca beberapa novel dan cerpen yang berkaitan dengan Islam.Bukanlah aku ni tak Islam tapi aku tidak memasuki Islam itu secara sepenuhnya.Sembahyang main aci sempat je.Al-quran selang sebulan baru baca atau tak baca langsung.Keinsafan itu mula hadir sejak aku baca novel 'Versus'.Aku ingat Versus itu cerita tentang pergaduhan antara lelaki dan perempuan.Rupa-rupanya perkelahian antara bad side and good side atau bahasa mudah HIJRAH.Atau lagi mudah berubah dari buruk kepada jahat.

 Betul cakap Minn Edina.Nah berubah tu sakit sangat.Nak tinggalkan kehidupan yang selama ini melekat dengan darah daging kita.Sakit sangat tu hanya Ya Rabbi yang tahu.Cuma mata ini masih tidak mengalirkan airmata keinsafan.Nak berubah secara drastik memang aku tak mampu.Aku tak kuat.Jadi aku mula menapak perlahan-lahan.Tapi itu pun dah cukup membuatkan aku sakit,pedih,perit.Buatkan aku yang selama ini memikirkan aku perfect rasa 'Ya Allah,jauhnya aku daripada rahmat-Mu.'

 Aku bersyukur sebab aku mempunyai rakan-rakan yang menjadi sokongan untukku.Ibubapa sebagai backbone aku.Dan dari situ,aku ingin memohon kalian khususnya orang Muslim.Bantulah aku,bantulah diri sendiri,dan bantulah masyarakat Islam.Bantulah aku sekiranya nopen yang aku buat bercanggah dengan agama Islam.Maafkan aku sekiranya nopen aku membuatkan kalian berasa jijik.Di sini,aku memohon maaf,menyusun jari sepuluh andai kata post aku bagai menyindir kalian,tersalah kata,tersilap bibit bicara mengundang marah kalian.Sesungguhnya,aku hanya mahu mewujudkan persaudaraan bukan permusuhan.

                                                                                                                               Ikhlas daripada,
                                                                                                                          
                                                                                                                                bintangdunia  
                                                                                            bintangdunia27@gmail.com               


                                                                                                    
distory morry oleh bintang dunia at 22:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Assalamualaikum

 Alhamdulillah.Bersua kita kembali.Di sini aku saja nak post something sebab aku kehilangan idea untuk menyambung nopen picisan aku.Jadi untuk memastikan blog aku sentiasa terupdate aku nak memasukkan YouTube nasyid Maher Zain iaitu Number For One.Bagi aku lagu sangat menyentuh aku.Mengisahkan betapa luasnya kasih sayang ibu.Enjoy.

   Salam sayang,
                               
bintangdunia                                                                                                            bintangdunia27@gmail.com


distory morry oleh bintang dunia at 09:05 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Just comment...I am not a monster..I'm just a decadent novelist.. :D

Sweet Rain

Sweet Rain

About Me

My photo
bintang dunia
Aku hanya menulis sekadar hiburan pada diri sendiri.
View my complete profile

I wanna sleep


MY NOTES

Terima kasih buat kalian yang melawat blog aku hari ini.Sila tinggalkan komen ya.Jangan risau,aku tak akan berkecil hati dengan komen kalian.

Gaara

Gaara

Kirei na

Cuteki widget gadget

Islamic Quotes


jom sembang

Translate

Followers

Blog yang aku minat

  • Secret Girl
  • Hanna Aleeya
  • Ceriteraku tentang Gadis
  • Menulis dengan keyboard
  • My Fantastic World
  • Dunia Angan-anganku

My Blog List

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (4)
      • Assalamualaikum.
      • RainyMood.com: Rain makes everything better.
      • Salam Perkenalan
      • Assalamualaikum
    • ►  July (1)

bear speech


Teddy Bear Generator

japanese greeting


Teddy Bear Generator
Picture Window theme. Theme images by friztin. Powered by Blogger.