Rasanya ini adalah pertama kali aku mem'post' something about myself.Sebenarnya aku buat blog bintangduni.blogspot.com hanya sebagai tugas.Namun betul kata orang 'Tak kenal,maka tak cinta'.Semakin hari,virus untuk menulis semakin tiada ubatnya.Untuk nopen-nopen picisan hanya sekadar menghiburkan aku dan memuaskan aku serta menghapuskan gian aku untuk menulis sebab aku tak pandai menyanyi dan melukis.
Aku mula berminat dengan dunia penulisan semenjak aku berkenalan dangan blog semuanyapendek.blogsot.com.Dari situ,aku mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan.Selain itu,aku kagum dengan penulisan gaya santai yang ditonjolkan oleh Hlovate,gaya thriller oleh none other than Ramlee Awang Murshid,dan Rehan Makhtar penulis cerpen cinta yang paling aku minat.
"Aku nak tulis cerpen yang ada diselitkan dengan ayat-ayat Al-quran,sunnah dan bergaya Islamik".Itulah azam aku.Aku mula berminat dengan Islam semenjak aku membaca beberapa novel dan cerpen yang berkaitan dengan Islam.Bukanlah aku ni tak Islam tapi aku tidak memasuki Islam itu secara sepenuhnya.Sembahyang main aci sempat je.Al-quran selang sebulan baru baca atau tak baca langsung.Keinsafan itu mula hadir sejak aku baca novel 'Versus'.Aku ingat Versus itu cerita tentang pergaduhan antara lelaki dan perempuan.Rupa-rupanya perkelahian antara bad side and good side atau bahasa mudah HIJRAH.Atau lagi mudah berubah dari buruk kepada jahat.
Betul cakap Minn Edina.Nah berubah tu sakit sangat.Nak tinggalkan kehidupan yang selama ini melekat dengan darah daging kita.Sakit sangat tu hanya Ya Rabbi yang tahu.Cuma mata ini masih tidak mengalirkan airmata keinsafan.Nak berubah secara drastik memang aku tak mampu.Aku tak kuat.Jadi aku mula menapak perlahan-lahan.Tapi itu pun dah cukup membuatkan aku sakit,pedih,perit.Buatkan aku yang selama ini memikirkan aku perfect rasa 'Ya Allah,jauhnya aku daripada rahmat-Mu.'
Aku bersyukur sebab aku mempunyai rakan-rakan yang menjadi sokongan untukku.Ibubapa sebagai backbone aku.Dan dari situ,aku ingin memohon kalian khususnya orang Muslim.Bantulah aku,bantulah diri sendiri,dan bantulah masyarakat Islam.Bantulah aku sekiranya nopen yang aku buat bercanggah dengan agama Islam.Maafkan aku sekiranya nopen aku membuatkan kalian berasa jijik.Di sini,aku memohon maaf,menyusun jari sepuluh andai kata post aku bagai menyindir kalian,tersalah kata,tersilap bibit bicara mengundang marah kalian.Sesungguhnya,aku hanya mahu mewujudkan persaudaraan bukan permusuhan.
Ikhlas daripada,

bintangdunia
bintangdunia27@gmail.com
No comments:
Post a Comment